Tipu Muslihat Hitamkan Xinjiang Pasti Gagal

2021-03-16 15:10:05  CRI
Share with:

Profesor Christian Mestre, sarjana terkenal dari Perancis terpaksa meletakkan jawatannya baru-baru ini, kerana beliau telah melawat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China dua tahun yang lalu dan menceritakan kebenaran tentang langkah antikeganasan di wilayah itu. Ironinya media Barat yang mendukung prinsip "kebebasan bersuara".

Kes profesor Mestre tersebut hanyalah salah satu daripada sejumlah besar perkara seumpama itu. Politikus dan media Barat membuat dan mengedarkan siri tipu muslihat menggunakan isu Xinjiang untuk menyekat China. Mereka berbalas dendam terhadap media dan tokoh yang mempertahankan keadilan malah melakukan "aniaya politik".

Keadilan sama sekali tidak akan tunduk kepada kejahatan.

Walaupun banyak orang Barat segila-gilanya menghitamkan nama Xinjiang dan menolak untuk menerima hakikat, namun semakin ramai sarjana antarabansa dan anggota media mempertahankan kebenaran.

Dalam sidang ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang diadakan baru-baru ini, wakil pelbagai negara menzahirkan sokongan terhadap dasar kerajaan China mengenai Xinjiang. Dalam satu sidang dalam talian UNHRC baru-baru ini, para peserta memuji kejayaan membasmi kemiskinan mutlak di Xinjiang dan menganggap itu sebagai hasil penting untuk menjamin hak asasi manusia.

Walaupun media Barat menggunakan pelbagai cara jahat untuk menghitamkan nama Xinjiang dan menolak kebenaran, namun ini hanya membuktikan bahawa kebebasan bersuara yang disebut oleh mereka hanyalah menipu diri sendiri. Percubaan untuk menghitamkan nama Xinjiang nescaya akan menjadi sia-sia.

徐国玮