Rakyat Myanmar Diseru Bertenang

2021-03-16 15:10:57  CRI
Share with:

Rakyat Myanmar diseru bertenang dan menyuarakan tuntutan melalui pendekatan yang sah agar mengelakkan diri dihasut dan diperalatkan. Ini juga bagi mengelakkan hubungan antara Myanmar dengan China terjejas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurutnya, China menyeru pelbagai pihak di Myanmar bertenang di samping mengekalkan dialog dan muafakat demi menjamin kepentingan rakyat.

Selain itu, katanya, percanggahan patut diselesaikan dalam rangka perlembagaan dan undang-undang dan proses transformasi demokrasi di negara itu perlu diteruskan.

Zhao menambah, yang paling mendesak pada masa ini adalah mengelakkan konflik berdarah daripada berlaku.

Ketika mengulas peristiwa syarikat China diserang dan dibakar, Zhao menegaskan, kejadian itu amat serius. China menuntut pihak berkuasa Myanmar bertindak untuk menghentikan sebarang tindakan kekerasan, mengenakan tindakan ke atas penjenayah serta menjamin keselamatan nyawa dan harta benda syarikat dan warga China di negara itu.

徐国玮