Kerjasama dengan Geely Lonjak Jualan Proton

2021-03-17 11:03:29  CRI
Share with:

Jualan kereta Proton kini menyaksikan lonjakan ketara, selain turut memperoleh sambutan yang semakin baik daripada para pengguna.

Kejayaan baharu itu dikatakan hasil kerjasama dengan syarikat automobil China, Geely yang menyuntik kemampuan dari sudut teknologi dan jaminan kualiti.

Untuk rekod, Geely membeli hampir 50 peratus saham Proton pada 2017, sekali gus mengendalikan pengeluaran kereta X50 dan X70, iaitu dua model yang laris dijual di pasaran.

Kejayaan yang ditempanya secara tidak langsung turut mengubah imej produk keluaran China di Malaysia.

Persepsi yang bertambah baik terhadap jenama Proton juga dikatakan susulan kawalan kualiti dan fungsi baharu lagi canggih yang kebiasaannya hanya didapati pada kereta lebih mahal.

Menyentuh mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu iaitu model X50, staf pemasaran memaklumkan pelanggan mungkin perlu menunggu sehingga beberapa bulan untuk membeli model tersebut.

Proton X50 merupakan model kedua dikeluarkan dengan kehadiran Geely pada 2017, selepas X70.

Pada masa ini, pelbagai barangan lain buatan China seperti telefon pintar Huawei dan dron DJI turut dilaporkan semakin dikenali pengguna Malaysia, malah dikatakan sinonim dengan teknologi canggih.  

张哲