Tindakan Kekang China Pasti Temui Kegagalan

2021-03-17 14:09:36  CRI
Share with:

Sidang kemuncak pertama "Quad" diadakan secara maya sejak perikatan yang disertai Amerika Syarikat (AS), Jepun, India dan Australia ditubuhkan. Walapun kenyataan sidang berkenaan tidak menyebut China secara langsung, namun kandungannya amat jelas yang menyasarkan China.

Menurut National Public Radio (NPR), sidang ini ialah tindakan AS bersama negara-negara sekutunya untuk memperhebat konfrontasi dengan China.

Antara konsensus dicapai yang terkandung dalam kenyataan "Quad", AS, Jepun dan Australia bersetuju untuk menambah peruntukan terhadap syarikat farmaseutikal India bagi meningkatkan pengeluaran vaksin COVID-19.

Tidak menyebut nama China, tapi tindakan ini hanyalah temberang, dan niatnya sukar untuk dicapai.

Padahal "Quad" bukanlah satu perikatan yang kukuh, dan keempat-empat anggotanya masing-masing mempunyai perhitungan politik sendiri.

Kini, China ialah rakan dagang terbesar bagi Jepun, India dan Australia.

Industri semikonduktor Jepun mengambil peluang daripada perang dagang China-AS dan mendapat manfaat dari pasaran China.

Pada masa yang sama, India sedang mempercepat prosedur kelulusan berpuluh-puluh projek pelaburan China di negara itu.

Manakala Australia selaku anggota Five Eyes Alliance (FVEY) pula kerap kali mengeluarkan isyarat yang ingin memulihkan eksport kayu dan bijih besi kepada China.  

Urusan antarabangsa harus dibincangkan pelbagai negara, manakala nasib dunia dipegang bersama pelbagai negara. Inilah multilatralisme yang benar diperlukan. Sekiranya "Quad" terajui AS tidak mengubah "multilatralisme palsu" dan bertentangan dengan arus sezaman, maka ia pasti akan menemui kegagalan.

覃淼