Rundingan peringkat tinggi 2+2 antara Amerika Syarikat (AS) dengan Jepun diadakan di Tokyo baru-baru ini. Walaupun rundingan ini disebut rundingan AS-Jepun, tetapi China dijadikan watak utamanya. Melihat kepada kandungan kenyataan rundingan itu, niat AS bersekongkol dengan rakan sekutunya untuk mengekang China adalah amat jelas.
Dari Laut Timur ke Laut Selatan, dari Pulau Diaoyu ke Selat Taiwan, dan dari isu Xinjiang ke isu Hong Kong, kebanyakan topik dalam rundingan dua negara tersebut adalah mengenai China. Kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama pula menyebut nama China dan mendakwa langkah China "tidak selaras dengan order antarabangsa". Kenyataan tersebut menolak fakta dan hakikat dan menjadi satu lagi bukti yang menunjukkan AS dan Jepun bersekongkol dan mencampur tangan urusan dalaman China.
Walau bagaimanapun, rundingan tersebut tidak menetapkan sebarang langkah terperinci.
Setiausaha Negara dan Setiausaha Pertahanan baharu AS memilih Jepun sebagai destinasi lawatan pertama sejak mereka menyandang jawatan. Tujuannya adalah untuk melaksanakan strategi Indo-Pasifik serta memulihkan hubungan dengan Tokyo. Sementara itu, Jepun pula hendak bergantung kepada AS dalam bidang pertahanan. Selain itu, menunjukkan sikap yang keras terhadap China menjadi keperluan politik bagi kabinet Jepun.
AS dan Jepun memegang mentaliti Perang Dingin, mencetuskan konfrontasi antara pelbagai blok serta membina lingkaran anti-China. Langkah tersebut sama sekali membelakangi arus dunia. Pembangunan China merupakan peluang tetapi bukan cabaran bagi dunia. Hubungan sekutu seumpama itu akan menjadi halangan yang menyekat pembangunan masing-masing serta membawa kekacauan di rantau ini.