Sekatan AS Gertak Sahaja

2021-03-18 14:37:57  CRI
Share with:

Sekatan AS Gertak Sahaja_fororder_hongkong (1)

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan terhadap beberapa pegawai China dengan alasan mereka "melemahkan autonomi pada tahap tinggi di wilayag Hong Kong" pada Rabu.

Tindakan AS tersebut memang tidak di luar jangkaan. Pada Julai lalu, negara itu meluluskan "Akta Autonomi Hong Kong", memfitnah Undang-undang Keselamatan mengenai Hong Kong, dan mengancam akan mengenakan sekatan ke atas China. Selepas itu, AS telah melaksanakan pelbagai sekatan, namun tidak menampakkan kesannya. 

Jika dipandang dari kandungan pengumuman Jabatan Negara AS, alasannya untuk menjalankan sekatan ke atas China tidak berasas.

Sejak pengembalian Hong Kong ke pangkuan China, kerajaan pusat dengan teguh mengamalkan prinsip "satu negara, dua sistem", "Hong Kong ditadbir orang Hong Kong" dan "autonomi pada tahap tinggi". Badan perundangan tertinggi China menambah baik sistem elektoral wilayah Hong Kong baru-baru ini pula memperlihatkan pentadbiran kerajaan pusat terhadap Hong Kong, di samping menghormati dan menjamin autonomi pada tahap tinggi wilayah itu.

China telah banyak kali menegaskan bahawa isu Taiwan, Hong Kong dan Xinjiang ialah urusan dalaman China yang berkait rapat dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah. Jelaslah bahawa AS yang mengenakan sekatan ke atas China tidak bermanfaat bagi hubungan China-AS kembali ke landasan normal.

胡星