Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obradormengucapkan terima kasih kepada China selepas menerima sumbangan vaksin COVID-19 baru-baru ini. Di samping itu, beliau untuk kali pertama menggesa Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian.
Ulasan media Mexico menyebut bahawa "walaupun negara kita berdekatan dengan AS, namun vaksinnya begitu jauh."
Jurucakap White House, Jen Psaki sebelum ini telah menyatakan bahawa beberapa negara telah memohon AS memberikan vaksin COVID-19, namun Washington masih belum memberikan vaksin kepada mana-mana negara.
Tindakan AS ini dianggap mikrokosma dari "nasionalisme vaksin" yang menjadi kebimbangan orang ramai semasa ini.
Dari mengumpulkan vaksin yang jauh lebih banyak daripada permintaan domestik, merebut tempahan vaksin daripada COVAX, hingga ke mengawal eksport bahan mentah. Tindakan oleh beberapa negara kaya yang hanya mementingkan diri ini mengakibatkan ketidakadilan dalam pengagihan vaksin di dunia.
Akhbar Gulf Times Qatar dalam ulasannya menyatakan bahawa sekiranya negara-negara Barat hanya menumpukan dasar pemvaksinan di negara sendiri dan mengabaikan permintaan negara lain, maka mereka tidak akan melihat satu dunia dengan perjalanan bebas pada masa depan.
Dalam pada itu, China selaku sebuah negara besar yang bertangjungjawab sedang memberikan sumbangan membina demi keadilan pengagihan vaksin di dunia. Semakin banyak negara di Asia Barat, Afrika, Amerika dan Eropah telah menerima vaksin China. Beberapa pemimpin negara pula telah menerima suntikan vaksin China dan memuji sumbangan negara ini.
Sama seperti kenyataan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, sekiranya mahu berjaya menbendung penularan wabak, negara kaya seperti AS dan Eropah mesti memberikan sumbangan masing-masing.