Malaysia Mula Guna Vaksin Sinovac

2021-03-19 12:03:41  CRI
Share with:

Malaysia Mula Guna Vaksin Sinovac_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_c4ac5245-7a56-46d3-a2dc-974d3d03c485

Malaysia mula menggunakan vaksin COVID-19 jenis Sinovac dalam program imunisasi kebangsaannya pada Khamis.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin yang disuntik di Hospital Rembau, Negeri Sembilan, menjadi penerima pertama suntikan vaksin keluaran China itu di Malaysia.

Dalam sidang media selepas diberi suntikan, beliau menyatakan bahawa keadaan fizikalnya masih baik, sekali gus membuktikan vaksin Sinovac adalah selamat.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menyeru orang ramai supaya menerima suntikan vaksin untuk melindungi diri dan orang lain.  

Dalam perkembangan lain, Khairy turut memperincikan bahawa vaksin keluaran Sinovac sudah melepasi ujian keselamatan di pelbagai negara.

Menurut rancangan imunisasi kebangsaan Malaysia yang bermula sejak bulan lepas, sekurang-kurangnya 80 peratus daripada lebih 31 juta penduduk negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19, dengan 20 peratus daripadanya disuntik vaksin Sinovac.

Malaysia telah menerima sekumpulan dos vaksin Sinovac pada Isnin selepas pihak berkuasa meluluskan penggunaannya secara bersyarat.

Bekalan lain dijangka akan dihantar ke Malaysia pada hujung bulan ini.

梁靓