17 Orang Maut Serangan di Kem Myanmar

2021-03-19 14:39:03  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan 9 lagi cedera dalam serangan terhadap sebuah kem tentera di Myanmar semalam. 

Menurut laporan media tempatan, sebuah kem tentera yang terletak 39 kilometer di lebuh raya dari Yangon ke Naypyidaw diserang oleh sekumpulan orang yang tidak diketahui identitinya pada kira-kira pukul 2.00 awal pagi semalam. Penyerang terbabit menaiki van dan melemparkan bom tangan terhadap kem tersebut.

Sehingga kini, pihak tentera Myanmar masih belum mengeluarkan sebarang maklumat tentang serangan tersebut.

徐国玮