DPRK Putus Hubungan Diplomatik dengan Malaysia

2021-03-19 12:48:53  CRI
Share with:

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas negara itu mengekstradisi seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat (AS).

Kementerian Luar DPRK dalam kenyataan hari ini berkata, Malaysia didakwa melakukan 'jenayah yang tidak boleh dimaafkan' kerana menghantar rakyatnya yang tidak bersalah ke AS.

Pada 3 Mac lalu, seorang warga DPRK gagal dalam rayuannya di mahkamah Malaysia untuk mengelak diekstradisi ke AS atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram. Tindakan Malaysia ini dianggap mencerobohi kedaulatan DPRK. Malaysia perlu bertanggungjawab atas semua kesudahan antara kedua-dua negara.

覃淼