Lawatan Lavrov akan Tingkatkan Hubungan dengan China

2021-03-19 14:40:13  CRI
Share with:

Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov akan membuat lawatan ke China pada 22 hingga 23 Mac, atas undangan ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi.

Perkara tersebut dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam sidang taklimat semalam.

Zhao berkata, tahun ini ialah ulang tahun ke-20 penandatanganan Perjanjian  Persahabatan dan Kerjasama  Jiran Baik China-Rusia dan amat signifikan dalam perkembangan hubungan kedua-dua negara. China dan Rusia harus mengambil peluang ini memperkasakan pertukaran agar meletakkan asas kukuh bagi pembangunan hubungan bilateral pada tahun ini.

Menurut Zhao, Wang Yi dan Lavrov akan bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala dan pertukaran lawatan peringkat tinggi sempena rundingan di Beijing nanti.

徐国玮