"Terdapat peribahasa etnik Uygur yang menyebut 'lontar batu ke atas, hati-hatilah kepala sendiri'. Penipu Adrian Zenz, janganlah tutup mata dan hati-hatilah kepala kau kena batu." Gulbostan Rozi dengan penuh kemarahan menyatakan demikian ketika berucap dalam sidang taklimat yang diadakan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Khamis.
Adrian Zenz, warga Jerman yang berusia 47 tahun yang disebut Gulipostan tersebut dianggap sebagai pakar berwibawa dalam pengajian tentang wilayah Xinjiang oleh sebahagian orang Barat.
Pada hakikatnya, Adrian Zenz ialah pembuat kebanyakan khabar angin mengenai Xinjiang, dan tenaga utama dalam kumpulan anti-China. Dengan kata lain, anti-China ialah kerjanya.
Menurut statistik, Adrian Zenz telah membuat lebih 10 artikel dan laporan yang menghitamkan Xinjiang. Sejumlah besar rakyat dari negara Barat yang tidak mengetahui keadaan sebenar di Xinjiang menjadi mangsa penipuan Adrian Zenz. Karyanya penuh dengan kata bohong, memutarbelitkan fakta dan kandungannya saling bertentangan. Itu bukanlah pengajian ilmiah, sebaliknya alat politik sahaja.
Terdapat gejala yang pelik di negara-negara Barat selama ini iaitu kenyataan anti-China, walau tak masuk akal, selalu boleh digunakan oleh beberapa kumpulan. Mereka dialu-alukan oleh media Barat yang hilang etika kewartawanan.
Dalam sidang taklimat pada Khamis itu, rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat Xinjiang termasuk pegawai awam, tokoh agama Islam dan penduduk biasa masing-masing membidas pembohongan Adrian Zenz menggunakan pengalaman sendiri dan hakikat.
Selain itu, banyak syarikat dan individu dari Xinjiang mahu menyaman Adrian Zenz menggunakan undang-undang untuk membela prestij dan kepentingan sendiri. Adrian Zenz dan kumpulan anti-China di belakangnya pasti akan dikenakan tindakan di sisi undang-undang.