Vaksin Buatan China Kumpulan Kedua Tiba di Thailand

2021-03-20 14:48:38  CRI
Share with:

Kumpulan kedua vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal China, SinoVac tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok pada pukul 5.31 pagi tadi.

Vaksin SinoVac yang ditempah oleh kerajaan Thailand akan dihantar dalam tiga kumpulan.

Kumpulan pertama telah tiba pada 24 Februari lalu dan kumpulan ketiga akan tiba pada bulan depan.

Dimaklumkan bahawa kerajaan Thailand telah menyatakan keinginan untuk menambah tempahan vaksin dengan China.

徐国玮