Sesi Promosi Xinjiang Diadakan di Malaysia

2021-03-20 14:32:48  CRI
Share with:

Sesi Promosi Xinjiang Diadakan di Malaysia_fororder_1426090419

Sesi promosi "Xinjiang is a Wonderful Land" anjuran bersama Kedutaan Besar China ke Malaysia dan kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang diadakan semalam.

Sesi Promosi Xinjiang Diadakan di Malaysia_fororder_1165670390

Pengerusi wilayah Xinjiang, Shohrat Zakir dalam sesi promosi itu telah memperkenalkan hasil pembangunan Xinjiang dalam pelbagai sektor.

Menurutnya, Xinjiang mengekalkan ketenteraman masyarakat, berjaya mewujudkan matlamat membasmi kemiskinan di seluruh wilayah, di samping memperkukuh perpaduan pelbagai etnik, dan menambahbaik kesejahteraan rakyat.

Walau bagaimanapun, sekumpulan orang di luar negara menyebarkan akhbar angin mengenai Xinjiang untuk merosakkan keselamatan dan kestabilan di wilayah itu. China membantah keras tindakan tersebut di samping mengalu-alukan rakyat asing melawat ke Xinjiang untuk melihat sendiri keadaan di Xinjiang.

Sesi Promosi Xinjiang Diadakan di Malaysia_fororder_2092349655

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing pula menyatakan bahawa pembohongan yang direka-reka oleh politikus Barat tidak dapat menjejaskan perpaduan penduduk pelbagai etnik di Xinjiang atau menipu rakyat di pelbagai negara.

Beliau berharap sesi promosi ini dapat membantu rakyat Malaysia mengenali Xinjiang secara lebih menyeluruh, mendalam dan benar, selain memperkukuh interaks dan kerjasama antara Xinjiang dengan Malaysia.

覃淼