Biden Kutuk Jenayah ke atas Keturunan Asia

2021-03-21 14:36:34  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengutuk jenayah kebencian ke atas golongan keturunan Asia di negara itu semasa melawan penularan pandemik COVID-19.

Ketika membuat lawatan ke Atlanta pada Jumaat, Biden menyeru rakyat bersatu padu mementang kebencian dan rasisme yang menjerumuskan negara itu selama ini.

Beliau berkata, jenayah kebencian ke atas golongan keturunan Asia semakin menjadi-jadi di AS. Beberapa orang keturunan Asia diserang, dipukul, dipersalah malah dibunuh pada tahun lepas. Ini menjadikan golongan terbabit hidup dalam ketakutan walau berjalan di luar saja.

覃淼