Kereta Api Kargo China-Eropah Sampai Milan

2021-03-21 15:02:36  CRI
Share with:

Kereta api kargo China-Eropah akan dilanjutkan sampai ke bandar Milan,, bagi mempermudah hubungan perdagangan antara China dengan Itali.

Pada awal bagi Sabtu, kereta api X8015 bertolak dari Stesen Wujiashan, bandar Wuhan, ibu kota provinsi Hubei menuju ke Duisburg, Jerman, dengan membawa produk elektronik, komponen kereta dan barang-barang pencegahan wabak yang dihasilkan di provinsi Hubei.

Sebahagian gerabak dan barang-barang yang dibawanya akan meneruskan perjalanan ke Milan.

Menurut pegawai syarikat logistik Wuhan, perjalanan dari Wuhan ke Milan akan mengambil masa 21 hingga 22 hari. Penyambungan perjalanan kereta api kargo China-Eropah ini adalah untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan di seluruh Itali, sekali gus menjadi satu jambatan baharu bagi hubungan perdagangan China-Itali.

徐国玮