Pintu Dialog Terbuka, Tindak Sehaluan untuk Hubungan Baik

2021-03-21 15:43:07  CRI
Share with:

Pintu Dialog Terbuka, Tindak Sehaluan untuk Hubungan Baik_fororder_0321

Dialog strategik peringkat tinggi antara China dengan Amerika Syarikat (AS) selama dua hari telah berakhir di Anchorage, Alaska pada Jumaat waktu tempatan.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. Dialog ini adalah tepat pada waktu dan bermanfaat untuk meningkatkan persefahaman kedua-dua pihak.

Walau bagaimanapun, China dan AS mengakui masih berselisih pendapat dalam beberapa isu.

Penganalisis berpendapat bahawa China telah mengeluarkan isyarat yang jelas melalui dialog kali ini.

China menyertai dialog ini adalah untuk menyelesaikan masalah, bukanlah bergaduh. China telah membentangkan pendirian China, iaitu menentang campur tangan pihak luar dalam isu Taiwan, Hong Kong, Xinjiang dan Tibet yang merupakan urusan domestik China. Di samping itu, China menegaskan tekadnya untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan sendiri.

Sementara itu, walaupun berselisih pendapat besar dengan AS, China tetap berusaha mencari persamaan dengan Washington.

Selain itu, China telah menerangkan pendiriannya dalam hubungan antarabangsa khususnya hubungan antara kuasa besar. China mempertahankan "multilateralisme yang benar", dan menentang konfrontasi antara blok.

Pintu dialog adalah terbuka dan AS diharap bertindak sehaluan dengan China dan saling menghormati untuk memperbaiki hubungan dua hala.

胡星