Hishammuddin: Tiada Toleransi Terhadap Cubaan Campur Tangan

2021-03-22 15:14:56  CRI
Share with:

Tindakan Malaysia mengusir kesemua pegawai diplomatik Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) dijalankan selaras dengan Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Langkah itu  juga sebagai respons terhadap tindakan DPRK secara sepihak memutuskan hubungan dengan Malaysia.

"Ia menjadi satu keperluan dalam usaha melindungi kedaulatan dan  mempertahankan kepentingan negara sendiri," ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau turut berkata, tindakan kerajaan itu adalah peringatan bahawa Malaysia tidak toleransi terhadap sebarang cubaan untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman dan sistem kehakiman, serta mengganggu urusan sistem pentadbiran negara.

“Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan  pihak luar yang mahu mencetuskan ketegangan tidak perlu sehingga menjejaskan amalan hubungan antarabangsa,” tegas beliau.

DPRK memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada Jumaat lalu selepas seorang warganya yang menetap di negara itu diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Susulan keputusan DPRK itu, kerajaan Malaysia menutup kedutaan besar di Pyongyang yang operasinya ditangguhkan sejak 2017.

梁靓