Thailand Laksana Program Vaksinasi Ikut Jadual

2021-03-22 12:27:03  CRI
Share with:

Thailand Laksana Program Vaksinasi Ikut Jadual_fororder_1616328050352_857_597x399

Thailand sedang melaksanakan program vaksinasi COVID-19 mengikut jadual, maklum jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri pada Sabtu.

Dalam pada itu, vaksin kumpulan pertama yang dibeli dari China digunakan untuk kawasan berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan serta wilayah yang sektor pelancongannya terjejas teruk susulan wabak.

Vaksin kumpulan kedua dari China telah selamat tiba di negara itu pada Sabtu lalu.

Setakat ini, tiada reaksi buruk dilaporkan daripada rakyat Thailand yang menerima suntikan vaksin buatan China.

张哲