Pegawai Muda Berbakti kepada Pembangunan Xinjiang

2021-03-22 09:59:02  CRI
Share with:

Pegawai Muda Berbakti kepada Pembangunan Xinjiang_fororder_221

Zhang Baoye, lahir pada tahun 1980-an, ialah salah pegawai awam dari provinsi Shandong. Beliau dihantar ke mukim Zihong kawasan Kashgar, Xinjiang untuk membantu pembangunan tempatan.

Sebelum bertugas di Zihong, Zhang telah berkhidmat di kawasan luar bandar di provinsi Shandong selama beberapa tahun dan mempunyai banyak pengalaman.

Dalam tempoh sebulan selepas tiba di Zihong, Zhang telah menjejakkan kaki ke kesemua 22 kampung di mukim itu untuk mengetahui keadaan pembangunan tempatan.

Beliau mendapati bahawa taraf pendidikan bagi golongan petani di mukim itu masih agak rendah, penduduk kurang bersatu padu, taraf perindustriannya kurang tinggi dan pembangunan ekonomi masih kurang maju.

Pegawai Muda Berbakti kepada Pembangunan Xinjiang_fororder_222

Selain itu, berkomunikasi dengan penduduk tempatan pula menjadi halangan besar kerana Zhang bertutur dalam bahasa Mandarin manakala kebanyakan penduduk tempatan hanya bercakap dalam bahasa Uygur.

Dengan bantuan pegawai pihak atasan dan kerjasama rakan-rakan sekerjanya, Zhang komited untuk mengatasi masalah dan menjayakan tugas untuk membangunkan mukim itu.

Zhang Baoye membantu penduduk yang hidup susah, membawa warga emas yang sakit menerima rawatan dan membaiki kemudahan prasarana di kampung. Jasa baik Zhang dipuji oleh penduduk tempatan.

Pegawai Muda Berbakti kepada Pembangunan Xinjiang_fororder_223

Pembangunan ekonomi dan usaha mengatasi kemiskian menjadi kerja utama bagi Zhang. Setelah mengadakan tinjauan, beliau mendapati bahawa mukim itu berdekatan dengan lebuh raya dan mempunyai kelebihan dalam penanaman, pembelian dan pemprosesan hasil pertanian. Beliau lalu memberikan cadangan untuk membina taman industri kecil atau mini di mukim itu. Cadangan beliau amat sesuai dengan keadaan setempat dan diterima oleh kerajaan tempatan.

Zhang Baoye rajin belajar bahasa Uygur untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan. Selain itu, beliau pula membantu mereka belajar bahasa Mandarin. Kini, beliau gigih membantu penduduk di mukim itu untuk hidup dengan lebih sejahtera.

徐国玮