Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun

2021-03-24 11:37:20  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping pada Selasa mengutus ucapan tahniah kepada Thongloun Sisoulith yang dipilih sebagai Presiden Laos.

Xi dalam kawatnya berkata beliau sangat mementingkan hubungan China-Laos dan sedia bersama-sama Thongloun memperkukuh kerjasama strategik komprehensif, menambah baik kesejahteraan rakyat, sekali gus melonjakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara ke tahap baharu. 

Pada hari sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga menyampaikan perutusan tahniah atas pelantikan Phankham Viphavanh sebagai Perdana Menteri Laos. 

梁靓