Interaksi Tamadun Perlancar Kerjasama BRI

2021-03-24 16:20:25  CRI
Share with:

Interaksi Tamadun Lancarkan Kerjasama BRI_fororder_15193771

Interaksi dan saling belajar antara tamadun memperlancar kerjasama ekonomi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), ujar tokoh terkemuka dari Malaysia.

Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia (PKHM), Dato' Goh Hin San berkata, interaksi antara China dengan Malaysia telah lama terjalin dan kini berada pada tahap paling baik dalam sejarah. Hal ini penting untuk terus mempererat hubungan ekonomi bilateral.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis pemeteraian perjanjian mengenai usaha sama PKHM dan Universiti Dezhou di Shandong untuk menubuhkan Institut Pengajian Yijing, secara maya semalam.

Interaksi Tamadun Lancarkan Kerjasama BRI_fororder_webwxgetmsgimg

Dalam ucapannya Dato’ Goh menyatakan bahawa pada zaman Dinasti Tang (618-907M), sami Yijing berlepas dari provinsi Shandong China, mengikuti Jalan Sutera Maritim purba melalui Indonesia dan Malaysia, akhirnya sampai ke India untuk mendalami kitab suci agama Buddha.

Catatan lawatan beliau membuktikan sejak dahulu kala hingga zaman ini, China sentiasa menjalin hubungan harmoni dengan negara jiran berprinsipkan mencari titik persamaan dan menerima perbezaan.

Menurut Dato’ Goh, penyelidikan mengenai Yijing bersesuaian dengan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan serta saranan Presiden Xi Jinping untuk merancakkan interaksi dan saling belajar antara tamadun.

张哲