Reaksi China Tindakan Wajar

2021-03-24 15:00:01  CRI
Share with:

Reaksi China Tindakan Wajar_fororder_259106191

China pada Isnin mengumumkan sekatan ke atas sepuluh individu dan empat entiti pihak Kesatuan Eropah (EU) yang menjejaskan kedaulatan dan kepentingannya serta berniat jahat menyebarkan dusta dan maklumat palsu.

Langkah itu sebagai tindakan balas setimpal terhadap sekatan sepihak dikenakan EU ke atas individu dan entiti China berkenaan pada hari sama, sekali gus mencerminkan tekad China untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

Setelah EU mengenakan sekatan terhadap individu dan entiti berkaitan Xinjiang dengan alasan hak asasi, Amerika Syarikat (AS), Britain dan Kanada juga berbuat sama dengan niat untuk memburuk-burukkan imej China dan mengekang pembangunan negara ini.

Mainan politik yang penuh tipu muslihat itu mustahil memperdayakan khalayak ramai.

Terdahulu, pegawai dan pengamal media dari beberapa negara yang pernah menjejak kaki ke Xinjiang serta wakil lebih 80 negara bersuara lantang menyokong pendirian Beijing berhubung isu Xinjiang semasa sesi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Ini bukti kukuh bahawa keadilan telah pun berpihak kepada majoriti.

Wilayah Xinjiang makmur dan stabil manakala penduduk tempatan hidup aman sentosa, yang menjadi satu contoh baik kemajuan China dalam bidang hak asasi.

Kuasa Barat digesa supaya menyelesaikan masalah hak asasi sendiri terlebih dahulu, berhenti mengamalkan dwistandard yang hipokrit dan jangan mencampuri urusan dalaman negara lain.

 

周乔西