AS Pencetus Malapetaka Kemanusiaan

2021-03-25 14:55:54  CRI
Share with:

China mengeluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manusia AS 2020 pada Rabu, yang menghuraikan keadaan hak asasi yang makin memburuk di negara itu menerusi petikan data dan fakta terperinci.

Laporan turut membongkar hipokrasi dan amalan dwistandard AS dalam isu hak asasi sehingga mencetuskan malapetaka kemanusiaan di lingkungan sejagat.

Kelakuan kerajaan AS sebelum ini yang mengamalkan unilateralisme dan dasar pemencilan, menjadi halangan terbesar kepada solidariti masyarakat antarabangsa untuk bersama memerangi pandemik COVID-19.

Malahan, negara itu bertindak mengenakan sekatan dengan sewenang-wenangnya ke atas negara lain atas nama hak asasi, sedangkan dunia terjejas teruk akibat pandemik.

Sekatan sepihak AS telah menyebabkan masalah kekurangan barang perubatan di beberapa negara termasuk Iran, Cuba, Venezuela dan Iran.

Ketidakberperikemanusiaan politikus AS juga jelas dilihat daripada sikap mereka dalam mengendalikan kedatangan imigran.

Menurut statistik kerajaan AS, setakat 14 Januari lalu, sebanyak 8,848 warga yang ditahan jabatan imigresen negara itu disahkan dijangkiti virus COVID-19.

Walaupun dirinya mempunyai begitu banyak rekod buruk, namun Washington tetap berlagak memburuk-burukkan dasar China berkaitan Xinjiang dan Hong Kong untuk menghitamkan imej negara ini dalam isu hak asasi.

AS juga memujuk rakan sekutunya untuk mengenakan sekatan terhadap China akhir-akhir ini. Tindakan yang keji itu telah mengundang kecaman pedas daripada banyak negara di dunia.

张哲