Perjanjian Pelaburan Bukan Caturan Politik

2021-03-26 14:11:31  CRI
Share with:

Sesetengah politikus dari Eropah naik angin apabila melihat China bertindak balas dengan mengenakan sekatan bersasar individu dan entiti dari Kesatuan Eropah (EU), susulan perbalahan antara dua pihak berkisar kepada isu Xinjiang.

Lantaran itu, Parlimen Eropah membatalkan mesyuarat untuk membahaskan perjanjian pelaburan EU-China, dengan tujuan memberi tekanan kepada Beijing.

Perjanjian itu tidak boleh dimain-mainkan segelintir politikus Barat. Pihak Eropah harus menginsafi dua perkara, iaitu perjanjian tersebut selaras dengan kepentingan bersama dan bermanfaat bagi meneroka pasaran dan memperluas pelaburan; kekuatan anti-China yang sengaja mencemari kerjasama saling untung, mengakibatkan perjanjian berkenaan tergendala.

Ketika ini, isu ekonomi dan perdagangan sentiasa dipolitikkan hingga mengganggu pelaksanaan perjanjian pelaburan, malah menjejaskan kepentingan perusahaan dan rakyat di Eropah.

Sekarang, China dan Eropah sedang meneliti perjanjian itu dari segi undang-undang.

Pihak Eropah digesa supaya jangan termakan dengan hasutan kekuatan anti-China dan tunduk kepada desakan luaran, sebaliknya harus mengetepikan prejudis dan berhenti mengenakan sekatan terhadap China berasaskan dusta, sekali gus menyumbang ke arah pembangunan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak.

董筱娉