Takkan Biar Kapas Xinjiang Dihitam

2021-03-27 16:34:33  CRI
Share with:

China mengumumkan sekatan ke atas sembilan individu dan empat entiti dari Britain yang berniat jahat menyebarkan dusta berhubung isu hak asasi manusia di wilayah Xinjiang pada Jumaat.

Tindakan itu turut memperlihatkan pendirian China menentang sebarang perbuatan keji yang memfitnah pembangunan di Xinjiang dan mencampuri urusan dalaman negara sendiri.

Mutakhir ini, sesetengah kuasa anti-China di dunia Barat melemparkan tohmahan tidak berasas kononnya wujud "buruh paksa” dalam sektor penanaman kapas di Xinjiang, bagi memburuk-burukkan keadaan hak asasi di wilayah itu.

Tohmahan yang direka-reka dengan dusta itu turut mengundang kecaman pedas daripada kaum tani di Xinjiang.

“Mereka yang berdusta bukan untuk memelihara kepentingan kami, tetapi ingin melihat tanaman kapas kami reput di ladang sahaja,” ujar Migit Timit, seorang penduduk tani dari daerah Aksu.

Padahal, sekatan Barat tidak akan menjejaskan penjualan kapas keluaran Xinjiang kerana terdapat pasaran yang cukup besar di China dan dunia. Sebaliknya, perbuatan politikus Barat untuk menghitamkan kapas Xinjiang pasti akan menerima padah yang buruk.

张哲