Mengapa BCI Enggan Terima Fakta?

2021-03-28 15:57:54  CRI
Share with:

Mengapa BCI Enggan Terima Fakta?_fororder_1616812836622_833_1674x1198

Beberapa jenama pakaian dunia Barat termasuk H&M dan NIKE bertindak memboikot penggunaan kapas keluaran Xinjiang dengan tohmahan kononnya wujud "buruh paksa" di wilayah itu.

Padahal, pejabat BCI di Shanghai telah menjalankan siasatan rapi terhadap programnya di Xinjiang, dan mengesahkan tiada isu "buruh paksa" di sana.

Pejabat itu telah pun menyerahkan dua laporan mengenai hal tersebut kepada ibu pejabat BCI. Namun, laporan berkenaan terus diabaikan BCI, sehingga menyebabkan 500 ribu tan kapas Xinjiang gagal mendapat akses kepada rantaian pengeluaran dan pembekalan tekstil antarabangsa.

Mengapakah BCI enggan menerima fakta? Ini kerana pertubuhan yang berpangkalan di Switzerland itu telah banyak kali terkena tekanan daripada “pertubuhan hak asasi manusia” yang mengikut telunjuk kerajaan AS.  

张哲