
Kampung Alechak yang terletak di kaunti Moyu, daerah Hotan, wilayah Xinjiang ialah sebuah kampung miskin pada masa dahulu. Antara 1433 penduduk dari 371 keluarga, terdapat 592 orang dari 133 keluarga dikategorikan sebagai status miskin.
Sejak Biro Geo-explorasi dan Pembangunan Mineral Xinjiang menghantar setiausasa pertama Parti Komunis China (PKC) ke Alechak pada tahun 2018, kampung miskin ini telah mengalami perubahan besar.
Pan Weiliang, 57 tahun, pernah berkhidmat di kawasan perlombongan sepanjang tahun untuk mencari sumber logam bukan ferus. Beliau berasa amat berbangga dilantik sebagai setiausaha pertama PKC di kampung Alechak, walaupun kerja yang baharu itu amat mencabar bagi beliau.
Sejak bertugas di kampung itu, beliau mengunjungi setiap keluarga untuk mengetahui kehidupan dan keperluaan mereka, sebelum berbincang dengan rakan sekerjanya tentang cara untuk membantu penduduk miskin meningkatkan pendapatan.
Melihat pendapatan industri penanaman dan penternakan kampung itu kurang tinggi, Pan Weiliang mengundang juruteknik untuk mengajar teknik maju kepada penduduk tempatan, membina ladang penternakan, dan menawarkan peluang kerja kepada penduduk miskin.
Biro Geo-explorasi dan Pembangunan Mineral Xinjiang juga membantu kampung Alechak mengembangkan industri penanaman dan penternakan, menyediakan lebih banyak peluang kerja kepada penduduk kampung itu.
Pada penghujung tahun 2019, pendapatan per kapita penduduk kampung Alekchak mencatat RMB8,740 yuan (RM5497.5) setahun, ini sekali gus menjadikan kadar kemiskinan di kampung berkenaan menurun kepada 25.3%.
Selain meningkatkan pendapatan penduduk, Pan Weiliang juga membantu kampung itu membina dan membaiki kemudahan prasarana, membina kawasan kediaman, penanaman dan penternakan.
Kampung Alechak mengalami perubahan besar, manakala kehidupan penduduk tempatan semakin bahagia.
Pan menyatakan bahawa pada masa dahulu, beliau mencari sumber logam bukan ferus untuk negara, beliau kini pula mencari sumber kekayaan untuk penduduk kampung Alechak. Beliau amat berbesar hati melihat senyuman manis daripada petani tempatan, dan berbangga dapat menyumbang tenaga sendiri kepada usaha pembasmian kemiskinan di negara ini.