Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Serangan Bom Indonesia

2021-03-29 13:03:45  CRI
Share with:

Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Serangan Bom Indonesia_fororder_1127264664_16169144675971n

Seorang maut dan sembilan lagi cedera dalam serangan bom berani mati yang berlaku di luar sebuah gereja Katolik di Makassar, Indonesia semalam.

Individu yang terbunuh itu disyaki suspek pengebom, kata Ketua Polis Sulawesi Selatan Irjen Pol Merdysam kepada pihak media tempatan.

Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Serangan Bom Indonesia_fororder_1127264664_16169144676701n

Pada masa ini, mayat suspek itu telah dihantar ke hospital untuk diperiksa, manakala mereka yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Serangan Bom Indonesia_fororder_1127264664_16169144677001n

Menurut maklumat Irjen Pol Merdysam pula, pengebom berani mati itu cuba memasuki gereja dengan menaiki motosikal dan meletupkan diri setelah ditolak pengawal. Pengeboman itu mencederakan beberapa orang pekerja gereja dan penganut Katolik , selain mengakibatkan pintu gereja dan beberapa kenderaan di sekitar rosak .

Seorang Maut, Sembilan Cedera Dalam Serangan Bom Indonesia_fororder_1127264664_16169144677401n

Setakat ini, masih belum terdapat individu atau pertubuhan mengakui bertanggungjawab serangan bom bunuh diri itu, dan  pihak polis sedang menyiasat identiti pengebom yang terlibat dan motifnya.

高蕾