Singapura Kaji Pemulihan "Gelembung Penerbangan" dengan HK

2021-03-30 14:52:29  CRI
Share with:

Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung pada Isnin menyatakan, pihaknya sedang mengkaji pemulihan "gelembung penerbangan" dengan wilayah Hong Kong, China.

"Gelembung penerbangan" bermaknanya pihak berkuasa di dua tempat membina mekanisme kerja yang saling mengakui keputusan saringan COVID-19 agar membolehkan penumpang berjalan secara bebas antara kedua-dua tempat tersebut tanpa halangan dan kuarantin.

Ong Ye Kung menyatakan beliau gembira melihat Hong Kong mengawal penularan wabak secara berkesan dalam beberapa minggu lalu.

Ong berkata, Singapura telah menerima cadangan Hong Kong untuk membuka semula pintu sempadan dan pihaknya sedang membuat kajian terhadap cadangan tersebut dan akan memberikan respons dengan secepat mungkin.

Menurut rancangan awal, "gelembung penerbanganantara Singapura dengan Hong Kong akan dilancarkan pada November lalu. Namun ia ditangguhkan kerana Hong Kong mengalami gelombang baharu wabak COVID-19.

徐国玮