Empat Menteri Luar Asia Tenggara Bakal Lawat China

2021-03-31 11:27:13  CRI
Share with:

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, Menteri Luar Malaysia, Hishammuddin, Menteri Luar Indonesia, Retno Lestari Priansari dan Menteri Luar Filipina, Marsudi Teodoro Locsin bakal melawat China pada 31 Mac hingga 2 April.

Demikian diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Sempena ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan rakan dialog dengan negara ASEAN, China berharap agar memperdalam interaksi dengan negara ASEAN berhubung situasi serantau dan antarabangsa, melaksanakan persepakatan yang dicapai di peringkat tinggi, memperkukuh hubungan strategik yang saling mempercayai, memperluas kerjasama dalam membendung wabak, mendorong pembangunan bersama ke arah kualiti tinggi di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mengembangkan hubungan bilateral ke tahap lebih tinggi, dan memelihara keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.

高蕾