Laporan Muktamad WHO, Tamparan kepada Pemfitnah Barat

2021-04-01 15:38:40  CRI
Share with:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan secara rasmi laporan penyelidikan bersama China-WHO mengenai punca neo-koronavirus kelmarin.  Kesimpulan yang diumumkan kumpulan pakar kedua-dua pihak dalam sidang media di Wuhan sebelum ini, yang menunjukkan bahawa neo-koronavirus menjangkiti manusia melalui makmal adalah 'sangat mustahil'  terkandung dalam laporan tersebut. Kesimpulan ini dilihat seumpama satu tamparan kepada para politikus Amerika Syarikat (AS) dan Barat yang mereka-reka khabar angin seperti apa yang disebut “makmal Wuhan yang membocorkan virus”.

Mengesan punca suatu virus merupakan satu kegiatan sains yang memakan masa dan tidak boleh hanya mengikuti spekulasi Barat yang bukan-bukan. Segelintir politikus dan media Barat yang anti-China sebelum laporan tersebut dikeluarkan sudah pun memberikan tekanan kepada WHO, dan mendesak pertubuhan itu bertindak menjamu 'selera' mereka untuk memfitnah China. Selepas laporan WHO dikeluarkan, AS terus bersubahat dengan beberapa negara lain untuk mengeluarkan apa yang disebut 'kenyataan bersama' untuk mempersoalkan dan menafikan laporan itu. Kemudian, mereka sekali lagi menggembar-gemburkan klise tentang “China tidak bekerjasama dalam penyiasatan WHO”, dengan niat sebenarnya mahu memberikan tekanan politik kepada China.   

Walaupun mempunyai tugas penceghan dan kawalan wabak yang amat berat, China tetap mengundang pakar WHO sebanyak dua kali untuk menjalankan penyelidikan bagi mengesan punca neo-koronavirus. Ini menggambarkan kerajaan China yang bersikap terbuka, telus dan bertanggungjawab. Pada 14 Januari hingga 10 Februari lalu, pakar dari China, WHO dan 10 buah negara lain telah membentuk satu kumpulan pakar untuk bersama-sama meninjau dan mengunjung sebanyak sembilan buah institusi termasuk Institut Virologi Wuhan serta mengadakan temu bual dengan anggota perubatan, ahli sains dan penyelidik, pesakit yang sudah sembuh, saudara mara anggota perubatan yang terkorban dalam wabak dan penduduk tempatan.   

Mengesan punca neo-koronavirus merupakan tugas sejagat, dan patut dijalankan di pelbagai tempat di dunia, bukan hanya di Wuhan sahaja, memandangkan kes COVID-19 di beberapa negara lain dikesan lebih awal daripada China.

China berharap negara berkenaan terutamanya AS yang dilanda wabak paling serius sekarang memilih bekerjasama dalam penyelidikan sejagat bagi mengesan punca neo-koronavirus. Tindakan mempolitikkan isu wabak tidak mungkin dapat mengalahkan virus. Hanya dengan menghormati sains dan melakukan kerjasama, barulah dapat menyelamatkan rakyat yang terperangkap dalam penularan pandemik.

曹捷