China, Singapura Kekal Pertukaran Peringkat Tinggi

2021-04-01 12:16:42  CRI
Share with:

China, Singapura Kekal Pertukaran Peringkat Tinggi_fororder___172.100.100.3_temp_9500032_1_9500032_1_1_8380125f-b720-4620-9871-bae3b632816a

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan telah mengadakan pertemuan di Nanping, provinsi Fujian semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Wang Yi telah menyampaikan kata alu-aluan kepada Vivian Balakrishnan yang menjadikan China sebagai negara pertama dalam agenda lawatannya kecuali negara ASEAN sejak tercetusnya wabak COVID-19.

Wang berkata, kedua-dua pihak perlu mengekalkan pertukaran dan hubungan peringkat tinggi, meningkatkan perkongsian pengalaman antara parti pemerintah dan pentadbir negara, menghadapi cabaran akibat pandemik yang dijangka berlangsung lama serta menjalankan kerjasama dalam bidang pemvaksinan dan menerima kod kesihatan masing-masing.

China, Singapura Kekal Pertukaran Peringkat Tinggi_fororder___172.100.100.3_temp_9500032_1_9500032_1_1_0d595fee-a799-4edb-8396-ace3b9039960

Selain itu, China dan Singapura perlu bersama-sama menentang  “nasionalisme dalam hal vaksin” dan mencegah pembentukan “jurang keimunan”, mendorong pembinaan bersama Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI) dan “koridor baharu darat dan laut”, terus menyelaraskan kerjasama Lancang-Meikong, mengusahakan kerjasama bidang perubatan biologik, kecerdasan buatan (AI) dan kewangan digital.

Wang Yi juga menekankan, kedua-dua negara perlu terus berusaha untuk menaiktaraf hubungan China-ASEAN.

Menurut beliau, China menyokong ASEAN terus memegang prinsip tidak mencampur tangan urusan dalaman negara lain dan terus memainkan peranan positif dalam menangani isu Myanmar melalui “cara ASEAN”.

China, Singapura Kekal Pertukaran Peringkat Tinggi_fororder___172.100.100.3_temp_9500032_1_9500032_1_1_41535e52-f4db-48d8-a430-80caadc8f3e7

Vivian Balakrishnan pula mengucapkan tahniah atas Ulang Tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC), menyanjung tinggi terhadap pencapaian cemerlang China dalam sejarah kemajuan manusia, serta kemenangan menyeluruh dalam kempen membasmi kemiskinan.

Vivian Balakrishnan berkata, Singapura bersedia bersama-sama China untuk terus mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, mendorong hubungan bilateral terus berkembang maju. Sementara itu, beliau menegaskan Singapura bersedia berbincang dengan China tentang bagaimana menaiktaraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China supaya meningkatkan taraf kerjasama kedua-dua pihak.

Menyentuh tentang isu Myanmar, Singapura berharap kekerasan dihentikan segera, manakala dialog pula dimulakan untuk mencapai penyelesaian secara aman. Menurut beliau, penyelesaian isu Myanmar sepatutnya selaras dengan keinginan rakyat negara itu sendiri.

张宪