Rugi! Syarikat Asing Yang Terjerumus Jadi Alat Politikus Barat

2021-04-02 14:45:38  CRI
Share with:

Mesin pemetik kapas yang berskala besar beroperasi di ladang kapas yang terbentang luas di wilayah Xinjiang China menjadi sensasi di laman media sosial beberapa hari kebelakangan ini dan turut menjadi tindak balas yang kuat terhadap bohongan tentang terwujudnya apa yang disebut "kerja paksa" di wilayah itu.

Dengan ini, syarikat asing yang secara membabi buta mengikuti khabar angin dan menolak menggunakan kapas hasilan Xinjiang dinasihati membezakan kebenaran daripada kepalsuan, dan jangan terjerumus menjadi alat kumpulan anti-China dari negara-negara Barat.

Pada masa ini, kapas Xinjiang yang bermutu tinggi dengan jumlah keluarannya mencatat 20% daripada jumlah keseluruhan di dunia telah menjadi segmen penting dalam rantaian bekalan global, dan tidaklah mudah jika mahu mencari alternatif lain untuk menggantikannya. Ini terbukti dengan tempahan kapas yang diterima Xinjiang yang cukup banyak.

Tindakan menolak menggunakan kapas keluaran Xinjiang bukan sahaja dilihat akan mengganggu rantaian industri global dan menjejaskan perkembangan pasaran yang sihat, bahkan mengakibatkan kerugian kepada syarikat berkenaan.

Pasaran China yang berskala dan berpotensi besar amat penting bagi syarikat-syarikat transnasional. Sebagai contoh, jumlah pendapatan jenama fesyen terkemuka Nike di China meningkat lapan peratus pada tahun lepas dan jualan H&M dalam pasaran China pula merupakan 5.2 peratus daripada jumlah keseluruhannya di sejagat pada tahun lepas.

China sentiasa membuka pasarannya kepada dunia luar dengan mengalu-alukan dan menyediakan persekitaran baik kepada syarikat asing yang datang melabur. Namun China menolak tindakan beberapa syarikat asing yang sambil mengaut keuntungan di negara ini sambil mencemarkan nama China.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan H&M baru-baru ini, China disifatkan sebagai pasaran sangat penting baginya dan syarikat itu akan berusaha untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengguna China. Dengan ini, H&M dinasihati menunjukkan sikap yang tulus ikhlas, mengambil tindakan yang sewajarnya dan bukan hanya cakap kosong sahaja.

高蕾