IFAD Hargai Dermaan China

2021-04-02 16:22:43  CRI
Share with:

Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian (IFAD) menghargai komitmen China yang sudi menderma RMB593,852,500 (RM372 juta) dalam pendanaan ke-12 pertubuhan itu (IFAD12), dengan menyifatkannya sokongan untuk mengotakan janji IFAD, membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar dan mempertahankan prinsip menjaga kepentingan umum.

Menurut Pengarah Urusan IFAD, Gilbert Houngbo, dermaan itu dipercayai akan menambahbaik sistem bijirin, ekonomi kawasan desa, meningkatkan pendapatan petani dan menjamin keselamatan bijirin.

Dimaklumkan, IFAD akan menumpu kepada kerjasama Selatan-Selatan dan kerjasama tiga pihak semasa pendanaan ke-12nya.

高蕾