Wartawan BBC Dikecam Sarjana Britain

2021-04-02 12:19:21  CRI
Share with:

BBC dalam akaun rasminya di Twitter telah mengesahkan John Sudworth, wartawan BBC yang ditugaskan di Beijing, telah diam-diam meninggalkan Tanah Besar China.

Tindakan John Sudworth dan kenyataan berkenaan BBC telah mengundang kecaman keras daripada sarjana Britain.

Wartawan BBC Dikecam Sarjana Britain_fororder_bbc

Sarjana tersebut yang juga pengulas dan wartawan hubungan antarabangsa Britain, Tom Fowdy dalam akaun twitternya menyatakan “Berita tentang John Sudworth meninggalkan Tanah Besar China telah diesahkan BBC. Namun, kenyataan dikemukakan BBC itu sungguh memalukan dan dipenuhi prasangka kerana ia memperlihatkan penipuan BBC dalam membuat laporannya dan gelisahnya terhadap perbezaan ideologi dengan China”.

Mengenai hal ini, Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar kelmarin menyatakan, BBC menghasilkan dan menyiarkan sejumlah besar berita palsu yang dipenuhi prasangka ideologi yang kuat.

Tindakan BBC ini telah membelakangi pendirian laporan media yang sepatutnya objektif, seimbang dan adil. Laporan BBC yang mengandungi banyak maklumat yang tidak benar khususnya yang melibatkan Xinjiang, Hong Kong dan wabak COVID-19, pasti mengundang bantahan keras dari rakyat China.

张宪