China Sokong Usaha Damai ASEAN Dalam Isu Myanmar

2021-04-02 13:53:10  CRI
Share with:

China Sokong Usaha Damai ASEAN Dalam Isu Myanmar_fororder_410

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan berkaitan di Myanmar diharapkan memulakan dialog dan rundingan dengan secepat mungkin, menyelesaikan perselisihan di bawah kerangka perlembagaan dan undang-undang negaranya serta mendorong proses peralihan demokrasi yang tidak mudah dapat demi kepentingan negara dan bangsa untuk jangka masa panjang .

Wang Yi berkata demikian pada taklimat media bersama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Hishammuddin Hussein di bandar Nanping, provinsi Fujian semalam.    

Wang Yi berkata, China dan Malaysia bersetuju bahawa masyarakat antarabangsa perlu mewujudkan suasana yang baik untuk perdamaian politik domestik di Myanmar berdasarkan norma asas hubungan antarabangsa yang tidak mencampuri pentadbiran dalaman negara lain.

Wang menambah, China tegas menyokong langkah ASEAN untuk mengetengahi pertikaian di Myanmar dengan menggunakan 'kaedah ASEAN' dan mengadakan mesyuarat khas pemimpin ASEAN untuk melakukan usaha damai secepat mungkin.

高蕾