Thailand Mahu Jadi Negara ASEAN yang Paling Tinggi Kadar Pemvaksinan COVID-19

2021-04-02 14:57:32  CRI
Share with:

Thailand Mahu Jadi Negara ASEAN yang Paling Tinggi Kadar Pemvaksinan  COVID-19_fororder_微信图片_20210402112021

Kementerian Kesihatan Thailand dan agensi pelancongan semalam bersama-sama mengadakan perhimpunan motivasi untuk menggalakkan rakyat seluruh negaranya menerima suntikan vaksin COVID-19 demi menggalakkan pemulihan industri pelancongan. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul menyatakan bahawa prasyarat membuka pintu negara dengan selamat adalah semua rakyat dapat dipastikan berada dalam keadaan yang selamat, sedangkan saluran yang paling berkesan untuk mewujudkan imuniti seluruh rakyat adalah vaksinasi.

Menurut beliau, pihaknya akan membekalkan vaksin COVID-19 yang mencukupi yang dapat merangkumi seluruh negara pada bulan Mei hingga Jun, sehingga Thailand menjadi negara ASEAN yang mempunyai kadar pemvaksinan COVID-19 yang paling tinggi.

曹捷