Hong Kong Kekal Makmur di Sebalik Klise AS yang Menuding-nuding

2021-04-03 16:06:37  CRI
Share with:

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyerahkan apa yang disebut laporan “Akta Dasar Hong Kong”kepada Kongres, untuk menuding-nudingkan jari terhadap urusan Hong Kong serta menyatakan Hong Kong tidak akan diberi layanan tarif istimewa lagi. Ini membuktikan kerajaan AS penggel baharu terus mengambil tindakan yang salah seperti yang diambil penggel sebelumnya, dan memilih mencampur tangan urusan dalaman China secara terang-terangan. Ini pasti mengundang bantahan tegas dari China.

Laporan itu dipenuhi fitnah klise terhadap China dan kesemuanya dikesan sebagai bohong belaka.

Dasar “penduduk Hong Kong mentadbirkan Hong Kong”dan “pentadbiran autonomi pada tahap tinggi”yang berdasarkan Undang-undang Asas Hong Kong dan prinsip “satu negara dua sistem” berjaya dilaksanakan dengan menyeluruh di Hong Kong, salah satu wilayah pentadbiran khas di China, sejak ia dikembalikan ke pangkuan tanah air.

Langkah-langkah yang dilambil kerajaan pusat China termasuk melaksanakan Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong pada tahun lalu dan menambahbaik sistem elektoral Hong Kong baru-baru ini adalah untuk memelihara keselamatan negara dan mengekalkan kestabilan politik Hong Kong, supaya kerajaan Hong Kong dapat menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan ekonomi, sekali gus menjadikan pentadbiran autonomi pada tahap tinggi dilaksanakan di Hong Kong dengan lebih baik.       

Perkara menjamin hak dan kebebasan penduduk Hong Kong terkandung dalam Undang-undang Asas Hong Kong dan undang-undang yang lain. Khususnya sejak Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong berkuatkuasa tahun lalu, order masyarakat Hong Kong kelihatan pulih, sedangkan hak yang sah dan kebebasan penduduk Hong Kong semakin terjamin.

Sebenarnya, segelintir orang AS berniat mengekang pembangunan China melalui isu Hong Kong. Namun, percubaannya nescaya berhasil. Pencapaian Hong Kong dalam pembangunannya pada masa ini tidak bergantung kepada apa yang disebut 'kurniaan' atau 'sedekah' dari negara asing, melainkan perjuangan penduduk tempatan generasi demi generasi dan sokongan yang kuat daripada tanah air.China menasihati AS menghentikan campur tangan terhadap urusan Hong Kong. Hong Kong kekal makmur di sebalik sebarang ancaman, ugutan atau sekatan.

曹捷