Potensi Besar Peningkatan Kerjasama China-Malaysia Pada Masa Depan

2021-04-03 14:15:00  CRI
Share with:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan bilateral China-Malaysia diperkukuh dengan usaha bersepadu kedua-dua pihak dan potensi kerjasama dua hala dipercayai besar pada masa akan datang.

Pada sidang akhbar yang diadakan semalam, jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying menyifatkan Malaysia sebagai jiran akrab bagi China, rakan kerjasama China dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta saudara baik dalam usaha melawan pandemik COVID-19.

Menurut Hua, China dan Malaysia sama-sama menyokong kesaksamaan dalam pemeliharaan hak kedaulatan, menentang tindakan mencampuri urusan  dalaman negara lain, dan komited untuk membina hubungan antarabangsa berdasarkan prinsip saling menghormati, adil dan saksama  serta mengamalkan situasi sama menang dalam kerjasama.  

Hua Chunying memaklumkan, Menteri Luar China Wang Yi dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Hishammuddin Hussein telah mencapai kata sepakat penting dalam rundingan secara mendalam. Kedua-dua pihak akan menubuhkan sebuah jawatankuasa kerjasama peringkat tinggi untuk menyelaraskan pelaksanaan strategi pembangunan, mendorong pembinaan  bersama berkembang ke arah yang berkualiti tinggi di bawah rangka BRI, menggalakkan perjalanan rentas sempadan di sebalik kawalan rutin pandemik COVOD-19, di samping  mendorong penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan secepat mungkin dan menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Menteri Luar Hishammuddin Hussein dalam rundingan itu berkata, Malaysia akan menjadi negara kedua di rantau ini selepas Indonesia yang bekerjasama dengan China untuk mengeluarkan vaksin bagi menentang amalan 'nasionalisme vaksin'.

Selain daripada Menteri Luar Malaysia, Wang Yi juga bertemu dan mengadakan rundingan dengan Menteri Luar dari Singapura,Indonesia dan Filipina. Hua Chunying menambah, lawatan menteri-menteri luar keempat-empat negara Asia Tenggara tersebut memperlihatkan hubungan persahabatan yang mendalam antara China dan Asia Tenggara. China komited untuk mengintensifkan kerjasama dengan jiran-jiran bagi meningkatkan hubungan dua hala dan hubungan China-ASEAN ke tahap yang baru.

吕清