Wang Yi Ditemui Menteri Luar Indonesia dan Filipina

2021-04-03 15:03:38  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Retno Lestari Priansari Marsudi dan Filipina, Teodoro Lochen di Nanping, provinsi Fujian semalam.

Dalam pertemuan dengan Retno Lestari Priansari Marsudi, Wang Yi berkata, China bersedia bersama-sama Indonesia untuk meneruskan hala tuju ditetapkan pemimpin kedua-dua negara, terus mengintensifkan kesalinghubungan strategik dan kerjasama pragmatik di samping meningkatkan penyelarasan dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa supaya memberi sumbangan yang lebih bear bagi kestabilan dan pembangunan Asia bahkan seluruh dunia pasca wabak COVID-19.

Retno Lestari Priansari Marsudi pula menyatakan pihaknya menanti-nantikan mengjalankan kerjasama dengan China dalam bidang vaksin COVID-19, mendorong pembinaan projek mega seperti Landasan Kereta Api Jakarta-Bandung dan membincangkan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang menyeluruh kedua-dua pihak supaya dapat memperolehi pendapaian peringkat awal.

Semasa ditemui Teodoro Lochen, Wang Yi menyatakan China bersedia bersama-sama Filipina untuk terus mengintensifkan kerjasama melawan wabak, mendorong hubungan kedua-dua pihak terus berkembang ke arah yang lebih baik. Sementara itu, kedua-dua pihak perlu terus mengusahakan pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mendorong projek utama diselesaikan mengikut jadual supaya dapat mengecapi kejayaan dari segi sosioekonomi seawal mungkin.

 

Teodoro Lochen pula menyatakan Filipina menyokong terus menaiktaraf hubungan bilateral dengan mengambil peluang ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog ASEAN-China. Selain itu, pihaknya berharap mempercepatkan rundingan tentang “Kod Tingkah Laku Laut China Selatan” (COC) demi keamanan dan kestabilan wilayah itu.

 

张宪