Perkhidmatan Kereta Api Kargo Kukuhkan Ikatan China-ASEAN

2021-04-04 14:43:28  CRI
Share with:

Kereta api kargo Changsha(China)-Hanoi (Vietnam) pertama berlepas dari Stesen Kereta Api Antarabangsa Changsha, provinsi Hunan baru-baru ini, menandakan perkhidmatan kereta api yang perjalanan langsung dari China ke ASEAN mulai disediakan.

Kereta api kargo muatan puluhan kontena 20 kaki (TEU) yang melibatkan produk perindustrian seperti botol kaca, slica, dan keluli mentah panas dan lain-lain akan tiba di Hanoi dalam tempoh tujuh hari melalui Pintu Sempadan Pingxiang, wilayah Guangxi China.

Perkhidmatan kereta api Changsha-Hanoi akan disediakan seminggu sekali selepas beroperasi secara percubaan tiga bulan.

Menurut maklumat, hub kereta api China-Eropah dan China-ASEAN akan dibina di bandar Changsha setelah perkhidmatan kereta api China-ASEAN disediakan.  

Untuk rekod, ASEAN telah menjadi rakan dagang terbesar China. Statistik dari Jabatan Kastam Changsha menunjukkan jumlah perdagangan antara provinsi Hunan dengan 10 negara ASEAN meningkat 30.9 peratus kepada RMB81 bilion (RM51 bilion) pada tahun lepas, dan terus mencatat RMB10.15 bilion (RM6.39 bilion) iaitu meningkat 86.3 peratus pada bulan Januari dan Februari tahun ini. 

曹捷