COVID-19: 120 Jangkitan di Penjara Thailand

2021-04-05 13:56:31  CRI
Share with:

Kluster COVID-19 disahkan di sebuah penjara di provinsi Narathiwat, Thailand baru-baru ini. Jumlah jangkitan kini telah naik ke 120 orang.

Pengarah Kementerian Kesihatan Thailand, Dr. Kiattiphum Wongrajit mengesahkan perkara tersebut dalam sidang akhbar Pusat Pengawalan Wabak Narathiwat semalam.

Beliau berkata, selepas kluster ditemui di penjara tersebut, jabatan kawalan wabak tempatan segera menjalankan saringan menyeluruh terhadap mereka yang terlibat.

Setakat pukul 1 petang semalam, antara 120 orang terjangkit itu, termasuk 95 banduan dan 25 kakitangan.

Satu hospital sementara yang dilengkapi lebih 200 katil telah dibina di penjara berkenaan. Kini 92  pesakit ringan dan asimptomatik sedang menjalani rawatan di hospital sementara tersebut, manakala tiga lagi pesakit teruk telah dihantar ke hospital tempatan.

Terdapat 2,334 banduan dan 97 kakitangan di penjara tersebut. Menurut pegawai Kementerian Kesihatan, terdapat lebih 1,000 orang ada kontak dengan pesakit. Sekarang, penjara itu telah ditutup, dan semua orang yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi telah dikuarantin dan menerima saringan. Sementara itu, pemvaksinan untuk kakitangan terlibat turut dipercepat.

胡星