68 Maut Banjir di Indonesia

2021-04-06 12:14:47  CRI
Share with:

68 Maut Banjir di Indonesia_fororder_1127295060_16176041908591n

68 Maut Banjir di Indonesia_fororder_1127295060_16176041908921n

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), sebanyak 68 orang maut dan sekurang-kurangnya 70 lagi masih dilaporkan hilang akibat bencana banjir yang melanda provinsi Nusa Tenggara Timur.

Jurucakap BNPB, Raditya Jati menyatakan bahawa sebanyak 11 bandar dan kaunti di provinsi Nusa Tenggara Timur terjejas dalam bencana banjir tersebut. Selain itu, 15 orang cedera dan kira-kira 2,600 orang menjadi mangsa. Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa sedang dijalankan, dan jumlah kematian dan kerugian harta benda dijangka akan terus meningkat.

覃淼