Warga China di Sri Lanka Disuntik Vaksin COVID-19

2021-04-07 12:24:32  CRI
Share with:

Warga China yang bekerja atau tinggal di Sri Lanka mula disuntik vaksin COVID-19  sejak Isnin, menerusi program "spring sprout" yang diumumkan kerajaan China awal bulan lalu.

Majlis pelancaran penvaksinan di Colombo dihadiri  Duta Besar China, Qi Zhenhong serta Menteri Pengeluaran, Pembekalan dan Pengawalseliaan Farmaseutikal Sri Lanka, Channa Jayasumana yang bersama-sama menyaksikan suntikan dos pertama.

Di samping itu, tiga lagi pusat penerimaan vaksin sementara telah dibuka di Kandy, Putram dan Hambantota untuk kemudahan warga China yang tinggal di kawasan sekitar.

Menurut Jayasumana, ribuan rakyat China yang bermastautin di Sri Lanka dijangka menerima suntikan vaksin keluaran Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) awal minggu ini.

Program "spring sprout" dilancarkan untuk memudahkan masyarakat Cina di seberang laut mendapat suntikan vaksin COVID-19 secara percuma.

Dimaklumkan, pusingan pertama program berkenaan di Sri Lanka sudah berakhir pada Selasa.

梁靓