27 Maut Banjir di Timor Leste

2021-04-07 12:34:32  CRI
Share with:

Bencana banjir yang berlaku di Timor Leste pada hujung minggu lepas telah mengakibatkan 27 orang maut dan 8 lagi masih hilang.

Menurut kenyataan kerajaan Timor Leste pada Isnin, bandar Dili dilanda banjir, mengakibtkan 13 orang maut, manakala lebih 7,000 orang dipindahkan ke 12 pusat penempatan sementara.    

Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak memanggil mesyuarat kecemasan kerajaan untuk membincangkan tindakan menangani banjir dan bantuan kepada mangsa.

Jabatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timur Leste pada Isnin menyatakan, hujan lebat akibat siklon tropika turun di kebanyakan wilayah Timur Leste yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh paling serius dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Di ibu negara, Dili, banyak bangunan, jalan dan kemudahan awam rosak teruk.

胡星