Menurut data statistik terkini oleh Kementerian Kesihatan Indonesia semalam, terdapat 4,860 kes positif baharu COVID-19 disahkan di negara itu dalam 24 jam lepas, menjadikan kes positif keseluruhan berjumlah 1,547,376. Antaranya, 87 kes kematian baharu yang menjadikan kes kematian kumulatif mencapai 42,064, manakala 1,391,742 orang sudah sembuh.