Pembasmian Kemiskinan Bersasaran Tepat, Pengalaman dan Sumbangan Besar China kepada Dunia

2021-04-08 13:47:40  CRI
Share with:

Pihak berkuasa China telah mengumumkan kertas putih mengenai pengalaman dan sumbanguan China dalam membasmi kemiskinan baru-baru ini. Menurut kertas putih itu, China telah merealisasikan sasaran pembasmian kemiskinan sehingga penghujung tahun 2020. Seramai 98.99 juta penduduk di kawasan luar bandar berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan. Jumlah ini mewakili 70% daripada jumlah pengurangan kemiskinan di seluruh dunia. China mencapai sasaran pengurangan kemiskinan yang ditetapkan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan 10 tahun lebih awal.

Membasmi kemiskinan secara bersasaran tepat antara pengalaman China untuk mencapai kejayaan ini. China telah melaksanakan siri tindakan melibatkan bantuan dalam pembangunan industri, perlindungan ekologi dan pendidikan.

Menurut kertas putih itu, China dan negara-negara ASEAN telah menjalankan kerjasama pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar. Sementara itu, China melaksanakan projek kerjasama melibatkan pembinaan prasarana, pertanian dan perubatan di Afrika, di samping membina pusat teladan teknikal pertanian di Amerika Latin bagi membantu penduduk tempatan keluar daripada kemelut kemiskinan.

Melalui kejayaan China dalam pembasmian kemiskinan, pelbagai negara di dunia telah memahami bahawa kemiskinan dapat diatasi dan dikalahkan. Pengalaman dan sumbangan China patut dimiliki dan dikongsi bersama oleh rakyat seluruh dunia.

覃淼