China Tolak Konspirasi Virus Berpunca dari Makmal

2021-04-09 14:40:44  CRI
Share with:

Kerja pencarian punca COVID-19 benar-benar dipengaruhi unsur politik. Namun pengaruh itu bukanlah daripada China, tetapi beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijiang berkata demikian ketika mengulas tentang tindakan 24 orang ahli sains dan ahli penyelidik dari Eropah, AS, Australia dan Jepun baru-baru ini mengedarkan surat terbuka yang menyebut, kerja pencarian punca COVID-19 antara China dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dipengaruhi unsur politik.

Mengulas tentang “kebocoran makmal”, Zhao menyatakan, kumpulan pakar WHO dan China telah meninjau ke tempat-tempat berkaitan di negara ini dan berpendapat bahawa khabar angin tentang virus berpunca dari makmal di China adalah sama sekali mustahil.

Sementara itu, Zhao juga tidak menolak kemungkinan kebocoran makmal di tempat lain di dunia jika bukti ditemui.

Beliau berkata, China berharap pihak-pihak berkaitan termasuk AS turut mengambil sikap saintifik, bekerjasama dengan WHO dalam pencarian punca virus serta mengundang pakar WHO ke negara sendiri untuk kajian selanjutnya.

徐国玮