China Membantah AS Sekat Syarikat Teknologi Canggih

2021-04-10 16:04:50  CRI
Share with:

China membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) menyalahgunakan kuasa negara untuk menyekat pembanguan China.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Jabatan Perdagangan AS menyenaraikan tujuh entiti superkomputer China dalam "senarai entiti" baru-baru ini.

Zhao berkata, China membanth AS menyekat syarikat teknologi canggih China demi memelihara kedudukan monopoli dan hegemoninya dalam arena sains dan teknologi.

Beliau berkata, walaupun AS telah melaksanakan sekatan teknologi terhadap China dalam bidang superkomputer sejak sekian lama, tetapi superkomputer China tetap berkembang pesat sehingga memasuki barisan terdepan di dunia dengan inovasi sendiri.

Tambah beliau, sekatan AS tidak dapat menghalang kemajuan sains dan teknologi China, sebaliknya akan memperkukuh keazaman negara ini dalam inovasi sendiri. China akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memelihara hak dan kepentingan sah syarikatnya.

胡星